Sunday, October 10, 2010

MY HONEST OPINION: SFFC mesti berubah

Dalam tempoh terdekat ini kita telah melihat perubahan demi perubahan berlaku dalam 'dunia' bolasepak Sarawak.

Kini kita telah mendapat seorang presiden Persatuan Bola Sepak (FAS) baru yang berwibawa Datu Sudarsono Osman.

Dan kita juga telah melihat FAS mengambil inisiatif untuk memulakan 'kehidupan' baru bolasepak dengan mendekati Persatuan Pengadil Bolasepak Sarawak (Safra) yang diketuai oleh pencipta Ngap Sayot Awang Mahyan Awang Mohamed.

Tapi pada masa yang sama kita melihat Kelab Penyokong Bola Sepak Sarawak, yang dianggap sebagai kelab penyokong rasmi yang diikhtiraf oleh FAS, masih lagi dipimpin oleh orang lama.

Seharusnya para pemimpin dalam kelab memberi ruang kepada orang baru untuk menerajui kelab bagi tujuan memberi nafas baru.

Dan bukannya seperti sekarang - tidur sepanjang masa!!!!!!!!!!!!!

Pernah satu ketika dulu ada satu kelab penyokong yang bergelar Ultra Croc yang berupaya untuk memberi saingan kepada SFFC.

Malangnya, kelab penyokong ini telah membuat kesilapan apabila ia mengambil keputusan untuk tidur sebantal dengan FAS yang ketika itu dibawah kepimpinan lama.

Ini menyebabkan ia gagal berfungsi untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh SFFC.

Masa sudah tiba untuk pemimpin-pemimpin lama dalam SFFC mengundur diri dari tampuk kempimpinan.

UNDUR LAH ... ANDA SEMUA SUDAK TIDAK UPAYA UNTUK MEMBUAT SUMBANGAN YANG SIGNIFIKAN.

5 comments:

  1. pok, polah gik liputan piala sarawak 2010..start mlm tok samarahan vs pdrm,...sidak sffc nang tido jak ms tok...mun sik di sapik sik bergerak

    ReplyDelete
  2. bena juak,..mun nak dikaji betul betul,..nang sidak suppoter sarawak masa tok sik kedak dolok,...team urg putih sik perlu nunggu team nya menang baru yokong ...tapi sffc kita tok nang boleh dianggap bukan penyokong sebenar,...bubar jak sia.... ps: polah liputan piala sarawak gik tuan editor

    ReplyDelete
  3. turun gik oi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. nang tido sidak sffc tok. sidak ultra croc pun sik pat di arap. pikir tek sidak nang jadi supporter jak. paduhal nak jadi management juak!!! parah!!!!

    ReplyDelete
  5. kntk bukan dah ada sadiehaf kaa?aku maca blog tok pun dari link rah wall FB sadiehaf...sarawak football die hard fan's komuniti.

    ReplyDelete