Monday, November 8, 2010

FAS mesti adakan semula AGM

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mesti mengadakan semula Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memastikan persatuan itu benar-besar sah dari segi peraturan perlembagaan Pertubuhan Sarawak (ROS).

Pada ketika ini, kepimpinan FAS tidak sah kerana AGM pada 21 Ogos 2010 lepas turit dihadiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (PBBK).

Sepatutnya PBBK tidak dibenarkan menyertai AGM tersebut kerana persatuan itu belum sah pendaftarannya kepada ROS.

Mengikut perlembagaan pertubuhan, exco kepimpinan sesebuah persatuan atau pertubuhan itu dianggap TIDAK SAH apabila pemilihan tersebut turut melibatkan persatuan belum berdaftar.

Oleh itu, perlu bagi FAS mengadakan mesyuarat agung semula secara 'tergempar' bagi memastikan persatuan badan induk bola sepak Bumi Kenyalang itu dapat bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara sah.

Tindakan PBBK mengambil bahagian dalam AGM FAS baru-baru ini, adalah seperti mengundang 'malapetaka' kepada semua penyokong, penonton dan peminat bola sepak Negeri Sarawak.


PBBK sepatutnya mengadakan mesyuarat pemilihan dan membentuk ahli-ahli jawatankuasa persatuan terlebih dahulu, sebelum menyertai AGM.

Bahkan PBBK tidak pernah wujud dalam ROS kerana dahulu cuma ada Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching/Samarahan.

Suatu ketika dulu, PBBK yang dikenali dengan KDFA sudah tidak sah lagi kerana berlaku kemelut pengurusan dan kewangan semenjak awal tahun 2000.

Namun, sehingga sekarang KDFA tidak berdaftar semula dan siapakah ahli-ahli jawatankuasanya termasuk presidennya tidak pula diketahui oleh ROS.

Sebagai peminat yang mahukan Sarawak kembali ke era kegemilangan dunia bola sepak kita, pasukan bola sepak Sarawak perlu diuruskan oleh persatuan yang sah.

Memandangkan musim baru Liga Perdana 2011 tidak lama lagi menjelma, FAS mesti didesak agar bertindak segera mengadakan semula mesyuarat AGM.

1 comment:

  1. ini blog official FAS ka? saya nk tanya, FAS ada buat Kursus kejurulatihan Pra lesen C untuk tahun 2013 tahun depan?

    ReplyDelete