Tuesday, October 26, 2010

Persatuan Bola Sepak Sarawak Haram???

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) adalah persatuan haram berdasarkan peraturan dan perlembagaan penubuhan persatuan.

FAS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Hotel Dormani Kuching pada 21 Ogos 2010 untuk pemilihan pucuk pimpinan (presiden) dan ahli-ahli majlis tertinggi persatuan itu.

Walaupun dilihat mesyuarat agung itu berjalan dengan lancar, tetapi ada kecacatannya kerana Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching yang belum disahkan pendaftarannya menghadiri mesyuarat itu.

Pemilihan itu menyaksikan jawatan presiden dimenangi oleh Datu Sudarsono Osman yang menewaskan Naib Presiden FAS Dr. Paruwadi Haji Musa dengan kelebihan enam undi.

Datu Sudarsono merupakan Pengerusi Kumpulan Pengurusan Bola Sepak Sarawak (FMG) Sdn Bhd (sebuah syarikat berkaitan kerajaan – GLC) ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Negeri Sarawak.

Dalam pemilihan itu, Datu Sudarsono mendapat enam pencalonan termasuk satu pencalonan adalah daripada ahli protem jawatankuasa Kuching FA.

Ketika mesyuarat agung itu diadakan, Kuching FA belum disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Sarawak (ROS) sebagai persatuan di bawah gabungan FAS.


Kuching FA belum wujud ketika ini kerana persatuan itu didaftarkan di bawah Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching/Samarahan.

Ini bermakna, mereka adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat agung itu lebih-lebih lagi bertindak sebagai pencadang atau penyokong kepada calon-calon yang bertanding.

Ini telah jelas termaktub dalam perlembagaan penubuh persatuan bahawa setiap persatuan gabungan yang tidak didaftarkan adalah tidak boleh menghadiri mesyuarat atau perhimpunan agung badan induk persatuan terbabit.

Selain mencalonkan Sudarsono bagi perebutan jawatan presiden, Kuching FA mencalonkan beberapa individu yang bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.


Jawatan Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh Mohamad Abu Bakar Marzuki (Pengarah Yayasan Sarawak) yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung FAS.

Manakala lima orang telah dipilih bagi jawatan Naib Presiden iaitu Haidel Heli (Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan), Nelson Kloni (Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong), Razali Dolhan (Pemangku Presiden Protem Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching), Posa Majais (Kuching) dan Sazali Abdul Rahman (Miri).

Bagaimana hendak mengangkat martabat sukan bola sepak negeri ini sedangkan persatuan bola sepak itu adalah ‘haram’.

Bagi peminat bola sepak tempatan mereka sudah tentu mahu mengharapkan satu era kebangkitan berlaku dalam dunia bola sepak Sarawak setelah sekian lama menyepi.

Pihak Kementerian terbabit (KPSU) perlu segera menyiasat persatuan bermasalah itu (FAS) dan ahli-ahli majlis tertingginya mengenai keadaan yang sebenar .

Sebab, sebarang kelewatan kita bertindak menangani masalah itu maka boleh menyebabkan pasukan bola sepak Sarawak tidak dibenarkan bermain dalam Liga Perdana musim 2011 nanti.

JAWATANKUASA FAS 2010-2012
Presiden: Datu Sudarsono Osman
Timbalan Presiden: Mohamad Abu Bakar Marzuki
Naib-Naib Presiden: Haidel Heli, Nelson Kloni, Posa Majais, Razali Dolhan, Sazali Abdul Rahman
Setiausaha Agung: Abdullah Julaihi
Ahli-Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Semua Bahagian kecuali Kuching.
  

4 comments:

  1. fas mesti polah meeting agm agik. kelak saya ganti sudarsono

    ReplyDelete
  2. Hello Tuan,
    Kalau tidak tahu cerita sebenar, jangan tembak saja atau buat gossip atau fitnah semata-mata,ok?

    Sapa kata protem kuching mencalonkan atau buat undian semasa AGM tersebut?

    Apa bukti kamu?

    Protem Kuching tidak mencalonkan dan tidak mengundi mana2 calon,ok, mereka dijemput sebgai Jemputan Khas utk AGM ni.itulah kebenaran nya.

    Jgn bikin malu org Sarawak dengan cerita dongeng kamu ni, tolonglh, kalau tak dpt bantu nak majukan bolasepak Sarawak, sekurang-kurangnya jgn menyusahkan mereka!!

    ReplyDelete
  3. jaganlah kitak oran memaki dan saling memburukkan sesama sendirik. memalukan orang SARAWAK jak... Udah-udahlah kitak org,bila nak maju Bolasepak Sarawak... maok komplain macam2 tapi datang Stadium pun sik pernah....

    ReplyDelete
  4. Sy bharap sgt psukan ktj maju n bjaya dlm liga n dsegani spt dlu.Tgk sjarah dgn apa yg kta ada skrg. Jauh bezanya. Knp kta xblh bjaya? Knp kta x wujudkan akademi negeri kta. Mmandangkan ngeri kta luas. Sy yakin ramai pmain yg baik2 mgkn lbh baik dr negeri lain

    ReplyDelete