Sunday, October 24, 2010

Sufizal serahkan gelaran juara Piala Sarawak 2010 kepada Kuching

Pemain simpanan Sarawak Sufizal Ismail telah menghampakan pasukan BDR FC dari Samarahan apabila pemain tersebut gagal menyempurnakan dua peluang keemasan untuk meranapkan peluang pasukan lawan Kuching memenangai Piala Sarawak dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.

Keputusan perlawanan masih terikat 0-0 sehinggalah ke separuh masa kedua apabila Macswyzee Riot berjaya mengambil kesempatan dari pergelutan di depan pintu gol untuk meletak Kuching di hadapan.

Walau bagaimanapun kegembiraan Kuching tidak berpanjangan apabila Abang Mohd Zafari Abang Othman berjaya membuat jaringan kira-kira 10 minit selepas itu.

Pada ketika peminat merasakan perlawanan akan berkesudahan dengan jaringan 1-1, Sufizal telah memeranjatkan pemain pertahanan Kuching apabila berjaya membolos kawalan ketat untuk berdepan dengan penjaga gol Awang Mohd Tarmizi.

Malangnya, pemain muda tersebut gagal menyempurnakan peluang apabila bola gagal dihantar kearah kawasan kosong di bahagian pintu gol tetapi terus kepada Awang Mohd.


Ini telah menimbulkan kemarahan penyokong BDR FC yang terperanjat dengan kegagalan Sufizal meletakkan BDR FC dihadapan.

Kira-kira 30 saat kemudian, pengadil perlawanan meniup wisel tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan kemudiannya bermain di masa tambahan yang juga berkesudahan 1-1 tanpa sebarang jaringan.

Sufizal sekali lagi menghampakan BDR FC apabila pemain muda ini gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Sekiranya beliau berjaya menjaringkan gol dalam sepakan penalti, pasukan BDR FC sudah tentu akan membawa balik tropi juara dan juga hadiah wang RM10,00 kerana beliau adalah pemain terakhir mengambil sepakan penalti.

Pada ketika itu, jaringan terikat 4-4 dan sekiranya beliau berjaya menjaring gol, pasukan BDR FC akan menjadi juara dengan jaringan 5-4.

Malangnya, beliau terus menghampakan BDR FC dalam perlawanan akhir ini.

Kuching akhirnya berjaya bergelar juara dengan jaringan penalti 7-6 apabila Nur Fardi Dillah menyepak bola ke arah luar pintu gol untuk menghadiahkan gelaran juara dan hadiah wang tunai kepada Kuching.

Walau bagaimanapun BDR FC tidak pulang dengan tangan kosong apabila pasukan tersebut mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Sudarsono Osman.
 

4 comments:

  1. kenak bodo gilak ambik si fizal ya?

    ReplyDelete
  2. auk eyh...peamain dak alah2 boleh dibeli team lain..bodo ambik si fizal ya..main pun bukan bagus..kaki paylock..

    ReplyDelete
  3. butak ka mata coach nganbik fizal? sik da orang lain ka?

    ReplyDelete
  4. adoh2,jgn dihentam gilak sufizal ya.myb nang mena nya ada molah mistake tapi jgn hentam nya kdak ya gilak..nya lagik mudak, masih blaja n menimba pengalaman.tanpa perkara2 kedak ya mcam ne nya nak mematang kan dirik nya nak? lgik pun player plu d support, takut d entam trok gilak akan membunuh karier nya mpun..k kwn2...=)

    ReplyDelete