Showing posts with label Karim Hamzah. Show all posts
Showing posts with label Karim Hamzah. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Samarahan berpotensi jadi kuasa sukan, kata Abdul Karim

KOTA SAMARAHAN: Ba­hagian Samarahan memiliki potensi besar untuk men­jadi kuasa sukan di negeri ini pada masa akan datang, jika para penduduknya memberi tumpuan khusus dalam pem­bangunan sukan-sukan terba­bit, kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, memang diakui Samarahan kini mem­punyai banyak kemudahan sukan serta ramai atlet yang berbakat dalam sukan-sukan tertentu dan boleh diketen­gahkan di peringkat yang lebih tinggi.

“Kita akui Samarahan memiliki ramai atlet sukan yang berwibawa, malah kita di sini juga mempunyai sua­sana iklim persekitaran yang menarik untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sukan kepada golongan generasi muda,” katanya berucap merasmikan penutupan kejohanan Liga Samarahan 2010 di Stadium Mini Kota Samarahan, di sini lewat petang kelmarin.

Pusingan kedua Piala Perpaduan bermula hari ini

September 18, 2010, Saturday

KUCHING: Sebanyak 32 pasukan sudah membuktikan kehebatan masing-masing apabila berjaya melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan 2010 di Kampung Sambir, Asajaya semalam.

Kesemua pasukan terbabit bakal berentap dalam pusingan kedua bermula hari ini (Sabtu) bagi memburu tempat ke peringkat seterusnya.

Sebanyak 64 pasukan dari sekitar daerah Asajaya termasuk Bahagian Samarahan dan Kuching menyertai kejohanan bola sepak kalah mati itu.