Monday, September 20, 2010

Samarahan berpotensi jadi kuasa sukan, kata Abdul Karim

KOTA SAMARAHAN: Ba­hagian Samarahan memiliki potensi besar untuk men­jadi kuasa sukan di negeri ini pada masa akan datang, jika para penduduknya memberi tumpuan khusus dalam pem­bangunan sukan-sukan terba­bit, kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, memang diakui Samarahan kini mem­punyai banyak kemudahan sukan serta ramai atlet yang berbakat dalam sukan-sukan tertentu dan boleh diketen­gahkan di peringkat yang lebih tinggi.

“Kita akui Samarahan memiliki ramai atlet sukan yang berwibawa, malah kita di sini juga mempunyai sua­sana iklim persekitaran yang menarik untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sukan kepada golongan generasi muda,” katanya berucap merasmikan penutupan kejohanan Liga Samarahan 2010 di Stadium Mini Kota Samarahan, di sini lewat petang kelmarin.

Kejohanan yang berlang­sung sejak pertengahan Jun lalu menyaksikan keunggulan pasukan BDR FC muncul juara setelah membenam cabaran Isma FC (3-2) dalam saingan peringkat akhir. Se­banyak 10 pasukan berentap dalam kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (SDFA) dan Persatuan Bola Sepak Daerah Kota Samarahan itu.

Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir itu ialah Ahli Dewan Undangan Neg­eri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud dan Presiden SDFA, Haidel Heli.

Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya berkata den­gan mengadakan banyak aktiviti sukan di sini sudah tentunya sedikit sebanyak dapat menghindari golongan remaja terlibat dalam budaya yang negatif.

Justeru, katanya, beliau berbangga dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak persatuan terbabit kera­na telah berjaya membawa golongan belia dalam satu kelompok yang memberi kesan positif terhadap mereka melakukan sesuatu.

“Kita perlu akui dengan menyertai aktiviti sukan atau pertandingan bola sepak sep­erti ini sudah tentunya peny­ertaan ramai golongan muda, justeru kita dapat membawa mereka ke landasan yang terbaik dalam pembangunan jati diri mereka.

“Malah, saya juga percaya dengan penganjuran sukan itu maka kita dapat mening­katkan mutu pencapaian pas­ukan-pasukan selain memberi pengalaman yang lebih baik di kalangan pemain-pemain muda berbakat,” katanya.

Abdul Karim menarik perhatian bahawa Samara­han telah melahirkan ramai bintang-bintang bola sepak untuk peringkat negeri dan kebangsaan justeru beliau yakin kejohanan itu mampu menjadi pemangkin dalam mengetengahkan bakat-bakat pemain.

Beliau juga bangga dengan pengurusan baru SDFA yang kini diterajui oleh Haidel serta barisan exconya yang diharap mampu membawa kegemi­langan dunia bola sepak bagi Bahagian Samarahan.

“Saya berharap SDFA akan terus aktif menganjurkan pel­bagai kejohanan terutamanya di peringkat kampung bagi mengenal pasti pemain-pe­main berpotensi untuk diser­apkan dalam pasukan negeri pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum perlawanan akhir berlangsung, para peminat bola sepak tempatan telah disajikan dengan perlawanan persahabatan antara pasukan Persatuan Bekas Pemain dan Jurulatih Bola Sepak Sarawak (Socfa) dan SDFA yang berkesudahan dengan jaringan 2-0.

No comments:

Post a Comment